Sunday, November 12, 2006

Titisan Tinta Pertama

Kehidupan memang memeritkan. Ia memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun dalam keperitan yang dialami itu tersurat seribu kemanisan, yang kekadang terlepas dari pandangan kita.
Ramai orang yang mengadu hidup mereka penuh dengan masalah. Namun, mereka lupa, bahawa hidup tanpa masalah adalah lebih menyeksakan. Bayangkan, kita hidup tanpa apa-apa tujuan, matlamat dan hala tuju. Dalam keadaan begitu, hidup kita hanya seumpama mayat yang bernyawa. Tanpa sandaran, tanpa tujuan.
Jadi apa lagi. Bersyukur dengan dugaan yang diberikan. Memang masalah dapat menjunamkan diri kita ke dalam jurang kesedihan dan kehinaan, namun sekiranya kita pandai mengurus masalah yang dihadapi dengan baik, maka disitulah kita akan merasa betapa nikmatnya kehidupan.
Bagaimana pula sekiranya kita gagal ? Jangan berputus asa. Sekurang-kurangnya Allah masih mengurniakan kehidupan kepada kita untuk kita lalui. Jadikan kegagalan yang lepas sebagai satu pedoman. Dan tetapkan tekad di dalam hati " Aku tidak akan kalah lagi..."

1 comment:

anaAKAnana said...

yeahhh...gud anim! :) jgn mengalah! hehe